Thursday 31 March 2011

Rancangan Pengajaran Harian Pengenalan Tanaman Hiasan Tahun 4


Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran Hidup
 Pengenalan Tanaman Hiasan ( Tahun 4 )

 
 


Mata pelajaran                     : Kemahiran Hidup
Tarikh                                    : 26 Jun 2011
Kehadiran                            : 30/30
Masa                                      : 10.30 pagi. hingga 11.30 pagi. ( 1 jam)
Kelas                                     : 4 Bestari
Bilangan Murid                    : 30 orang
Tajuk                                                  : Tanaman Hiasan
Sub topik                              : Pengenalan Tanaman Hiasan

Pengetahuan sedia ada    :                     
  1. Murid-murid mengetahui beberapa jenis tanaman hiasan.
  2. Murid pernah melihat ahli keluarga menguruskan tumbuhan hiasan di perkarangan rumah.

           
Objektif pengajaran ; Di  akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1.    Menyatakan sekurang-kurangnya lima jenis tanaman hiasan
2.    Mengetahui sekurang-kurangnya tiga jenis bunga semusim yang popular di Malaysia
3.    Mengetahui sekurang-kurangnya tiga jenis bunga semusim, keistimewaan, spesifikasi, dan peringkat berbunga serta jangka masa pokok semusim berbunga.











Kemahiran berfikir : Membanding beza, mengkategori, menyelesaikan masalah.

Bahan bantu mengajar   : Buku teks, Kad bergambar, Persembahan Power Point, komputer dan LCD projektor




Penerapan nilai murni : 
  1. Ketelitian
  2. Berdisiplin
  3. Memberi perhatian
  4. Kerjasama
  5. tekun

Strategi P&P : Deduktif, Induktif,  konstektual, konstruktif dan komunikatif, soal jawab, demonstrasi.











Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran  :



 Langkah/Masa




Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi
( 5 minit)

1. Menyoal murid.
(a) Soalan : Pernahkah anda melihat tumbuhan hiasan?
Contoh Jawapan
- Pernah, di rumah saya ada pokok bunga raya
- Pernah, tumbuhan hiasan terdapat di kawasan sekolah.

2. persembahan power point dan video mengenai jenis kumpulan tanaman hiasan


  1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang pengetahuan sedia ada murid tentang tanaman hiasan :
  2. Murid melihat video dan persembahan ‘ power point yang disediakan oleh guru tentang jenis kumpulan tanaman hiasan.
-       Pokok naungan
-       Pokok renek
-       Pokok menjalar dan memanjat
-       Pokok palma
-       Kaktus
-       Rumput
-       Bunga semusim


KBKK:
menjana idea,
pemikiran kreatif

Nilai:
Memberi perhatian.

Strategi:
Kemahiran
Berfikir.

Langkah 1
( 10 minit)

Maksud Tumbuhan Hiasan
Pokok-pokok atau pokok bunga yang ditanam untuk mencantikkan, menyegarkan dan mengindahkan sesuatu tempat.




  1. Guru menyoal murid tentang maksud tanaman hiasan menurut pandangan mereka
  2. Guru membuat rumusan terhadap jawapan mereka dan memberikan maksud tumbuhan hiasan yang sebenar.

  1. Murid-murid cuba memberikan contoh-contoh  tumbuhan hiasan di rumah, di sekolah, kawasan rekreasi dan lain-lain.

- Contoh Jawapan:
·         bunga kekwa
·         bunga matahari
·         bunga mawar
·         palma
·         bunga raya


BBM: slide Power Point

 Nilai: Memberi perhatian, tekun

KBKK : menyelesaikan masalah.

Strategi: Deduktif & soal jawab


Langkah 2
(10 minit)

Pengenalan dan penerangan tentang setiap jenis tumbuhan hiasan

  1. Guru mengarahkan murid untuk membentuk lima kumpulan kecil
  2. Guru mengagihkan kad bergambar jenis pokok hiasan serta penerangan
-       Pokok renek
-       Penutup bumi
-       Pokok naungan
-       Pokok memanjat/menjalar
-       Pokok bunga semusim

BBM : Kad bergambar

KBKK : Banding beza & mengkategori

Nilai: Ketelitian


Strategi: kemahiran berfikir, Kontekstual , dan kemahiran mendengar.




Langkah 3
(20 minit)


1.  Persembahan power point tentang:
1.1   Jenis bunga  semusim yang popular di Malaysia 1.2   Keistimewaan bunga semusim
1.3   Spesifikasi kepelbagaian bunga semusim
1.3   Peringkat berbunga dan jangka masa pokok berbunga


  1. Guru menunjukkan persembahan power point tentang jenis bunga semusim, keistimewaan, spesifikasi, dan peringkat berbunga serta jangka masa pokok semusim berbunga.
  2. Guru menyoal murid adakah murid-murid pernah melihat antara pokok bunga semusim yang ditunjukkan dalam persembahan power point.
  3. Sesi soal jawab antara guru dengan murid

ABM: Slide Power Point

KBKK: Mengkategori &
Menyelesai masalah.

Nilai Murni: Ketelitian

Strategi: Konstruktif & demonstrasi.

Pengukuhan
(10 minit)


1.    Aktiviti kumpulan.
1.1  Murid menjawab soalan tentang bunga semusim
1.2  Murid dikehendaki memilih jawapan yang disediakan kemudia mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul.


  1. Guru memberikan lembaran soalan kepada setiap kumpulan.
  2. Setiap kumpulan dikehendaki menjawab soalan tentang keistimewaan bunga semusim,  keistimewaan, spesifikasi, dan peringkat  berbunga serta jangka masa pokok semusim berbunga


BBM: Lembaran soalan

Nilai: Memberi perhatian,kerjasama dan ketelitian

Strategi: Kemahiran berfikir kritis dan kreatif, soal jawab.

Penutup
( 5 minit )

  1. Sesi soal jawab antara guru dengan murid.

  1. Guru membuat sesi soal jawab  kepada murid jika ada murid yang kurang jelas tentang sesi P&P Pengenalan Tanaman Hiasan.
  2. Guru membuat rumusan tentang keseluruhan topik pengenalan tanaman hiasan secara peta konsep.

BBM : Nota ringkas

Nilai : Perhatian dan kerjasama

Strategi : Membuat rumusan.